Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur (puteh saje okeh)
1 cawan gula kastor ( akuh gune gule biase aje bland sedp aje)
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung
1 Keping kertas minyak
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada
garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada
sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk
memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang
sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan,
pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih
sejuk.
2- Periksa peralatan yang
digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang
tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk
langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan
hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang.
Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak
form'.
2- Kemudian, dengan kelajuan yang
tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni
adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang
sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan
kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia
akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah
bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan
belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan
pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah
bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih
yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm
jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan
cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..!
Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6- Letakan diatas
kertas minyak dan membulat(parchment paper).
7- Bentukkan meringue mengikut
bulatan yang kita lukis. Saya buat cara saya
sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 110' C.
Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue.
Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 1jam 15 minit. Pavlova dimasak
dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing
tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama
pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue
bertukar menjadi coklat muda.
Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan
pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven.
Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam
bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam
peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan
gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah
manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi
masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam
plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru
keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan
whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
TADAAAAAAAAAAAAA..nie la hasilnye ...(excited lebh sebb first time wat kek menjadi) yeahhhhhhhhh
Nie dari padangan atas la kan.. |
dan ini pulak dari tepi erm sedp okehh!! |
dan ini lak bahagian dalam die gebusss kan rase mcm mashmallow sedp sgt |
ha sedpkan..erm korg kne cube nie memg simple aje bahan die..akuh bagi bf akuh makan pavlova senyap aje ble akuh tnye name senyap die ckp die sedap syg..erm ape lagi senyum lebar la akuh..hahah uolz pown patut wat tok org yg tersayang..selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment